Sunday, September 12, 2010

Hulurkan tangan,Pohon Kemaafan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Aidilfitri,Salam Lebaran dan Salam Kemenangan buat semua saudara muslimku diseluruh dunia.

Pengembaraan selama sebulan dalam bulan ramadhan iaitu dengan berpuasa selama 30 hari,melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa,menjaga ibadat, menjaga pertuturan dan tingkah laku di harapkan menjadikan kita insan yang benar-benar lebih beriman dan lebih berkualiti.insyaallah...

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam Sesuai dengan sambutan yang diraikan Setelah diuji selama sebulan dalam pengembaran bulan IBADAH tersebut.kemenangan dalam mendidik rohani dan jasmani kita dalam melaksanakan ibadah yang dituntut oleh ALLAH S.W.T. sehingga kita Berjaya kembali kepada fitrah yang suci dari dosa..

mohon kemaafan : itu yang terbaik ,beri kemaafan : itu yang Mulia


Tidak lengkap rasanya kita berhari raya tanpa menghulurkan kemaafan zahir dan batin serta mohon dihalalkan semua kesalahan yang disedari atau tidak disedari.

Dengan segala kerendahan hati, inginku mencuri ruang di sini menyampaikan ucapan AIDILFITRI kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ini,ahli keluarga dan seterusnya rakan-rakan seperjungan sekalian.

Jika kesilapan kelmarin belum terampun, “MAAFKANLAH”,Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati “LUPAKANLAH”,Jika kesilapan esok mendatang,janganlah DIBAWA KE AKHIRAT.Tak semua orang mampu terima apa yang lidah tuturkan,tak semua orang mampu tersenyum atas segala gerak perbuatan,tanpa sedar ada diantaranya bisa mengguris perasaan.Bila ternyata ada kesalahan dan kekhilafan,beribu kemaafan dipohon.percayalah Segalanya berlaku secara tidak sengaja atas kelemahan sebagai seorang manusia.Semoga berkat keangungan hari yang mulia ini bertambahlah kerahmatan ALLAH keatas diri kita.InsyaALLAH.. (^_+)


Tinta Kashfun Qalbi,

~ ct Rohaney ~

No comments:

Post a Comment