Wednesday, July 27, 2011

^________^


- Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

- Sebelum kamu mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

- Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

- Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak sempat menikmati hidup.

- Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

- Kejayaan tidak diukur dari posisi yang dicapai seseorang dalam hidup, tapi dari kesulitan-kesulitan yang dapat diatasi ketika berusaha meraih kejayaan.

- Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.

Tuesday, July 26, 2011

Semoga Hari Esok Lebih Bermakna!:)

" Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita,

Semalam adalah teladan serta pengajarannya,

Dan untuk menghadapi hari esok,

Jadikanlah kelmarin dan semalam itu

sebagai pedoman dalam meneroka sebuah kehidupan.."


^________^

>> dairy tinta kashfun qalbi <<

Monday, July 25, 2011

Sebuah Sesalan

Ada sebuah cerita tentang seorang wanita yang mempunyai anjing yang setia. Anjing ini sangat setia, sehingga wanita itu boleh meninggalkan bayinya dengan anjing dan pergi untuk menghadiri suatu majlis. Dia selalu kembali dan mendapati anaknya sedang tidur nyenyak bersama anjingnya yang setia mengawasinya.

Suatu hari, sesuatu yang peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku
.Wanita itu seperti biasa, meninggalkan bayinya dalam “tangan” anjing yang setia dan pergi berbelanja. Ketika ia kembali, ia menemukan pemandangan yang mengerikan. Rumahnya terlihat berselerak.

Buaian bayinya telah dibongkar. Kain selimut dan pakaiannya tercarik-carik berserakan, dengan titis darah di seluruh kamar tidur bayi tempat ia meninggalkan bayinya bersama anjing. Terdiam seketika tanpa berkata, wanita itu langsung hilang punca dan berusaha mulai mencari bayinya.

Akhirnya, ia melihat anjing yang setia itu muncul dari bawah tempat tidur. Anjing Itu berlumuran darah dan menjilati mulutnya seakan baru saja selesai menikmati makanan yang amat lazat. Wanita itu menjerit dan terus mengamuk dan beranggapan anjing itulah yang telah telah memakan bayinya. Tanpa berpikir panjang, ia terus memukuli anjing itu hingga mati.

Selepas itu ia mencuba untuk terus mencari bayinya, dia pun melihat hal yang lain.
Di atas katil dekat tempat tidur, ia melihat bayinya sedang berbaring di lantai dengan selamat. Dan di bawah tempat tidur, ia melihat bangkai serigala dengan tubuh yang penuh luka dan terlihat baru mengalami pertempuran yang sengit dengan anjing yang sekarang sudah mati di tangannya sendiri.

Wanita itu sangat menyesal, ia sekarang mengerti apa yang sebenarnya telah terjadi ketika dia tidak ada. Anjing itu telah berjuang untuk melindungi bayinya dari serigala yang kelaparan. Sudah terlambat baginya sekarang untuk menebus kesalahan karana dalam ketidaksabaran dan amarah, ia telah membunuh anjingnya yang setia.
Wanita itu sangat menyesal, ia sekarang mengerti apa yang sebenarnya telah terjadi ketika dia tidak ada. Anjing itu telah berjuang untuk melindungi bayinya dari serigala yang kelaparan. Sudah terlambat baginya sekarang untuk menebus kesalahan karana dalam ketidaksabaran dan amarah, ia telah membunuh anjingnya yang setia.
Sememang, Penyesalan selalu datang belakangan. Tiada guna sesalan kerana perginya tidak berpatah lagi.Untuk itu kita perlu untuk berfikir dahulu sebelum bertindak..Benarlah seperti kata pepatah " Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna ".


Sunday, May 29, 2011

ikan ohhh ikan


Asssalamualaikum semua.

Wah,sedar xsedar dah lama blog tinta kashfun qalbi ni diabaikan.. oleh kerana aku ni bukanlah seorang yang rajin menulis dan pndai bertinta..sekadar untuk mencuba dan mngisi masa lapang saja..walaupon sebenarnya blog ni jarang dipublishkan tapi tetiba ja nafsu nak menulis di ruangan maya ni meninggi..apa yang cik rohaney nk berceloteh pulak nih??jom kita terjah!;)..


Mak..oo mak..makkkkkk..

Ehh,pi mana mak ni??senyap ja..td dok

ada lg..aku tgok dok landing elok ja..

Baru pkui 4..xkan p dah kot???panaih lagi nih

..mamitooo..

**krekkkk..(pintu belakang rumah aku buka)..sah!mmg sah!dah hilang!


:: Mengai ~a.k.a.~ Memancing ::


itulah hobi tetap ibundaku semenjak bersara dari bank rakyat 2 tahun lalu..panas??Beliau memang seorang wanita yang kuat dan tabah!aku sebagai anak kesayangannya,sememangnya kurang mewarisi sifat berani+tahan lasak beliau itu.hehe..

Cakap pasal memancing,korang nak tau x,

MEMANCING ni sebenarnya : Satu TERAPI!:)..


Kenapa ya??tgok di atas!

: Berada dalam suasana yang sangat damai,tenang,nyaman dan selesa ditemani alam flora dan fauna sambil disapa angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepian sungai atau paya.Asyik kan!:)..Jauh meninggalkan segala masalah dan tekanan yang dihadapi.(bagi sesiapa yang tertekan digalakkan meniru aksi ini :P).Sememangny Ia adalah satu aktiviti TERAPI MINDA yang dapat menenangkan fikiran selain dapat menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN. Jadi tidak hairanlah kenapa aktiviti ini menjadi pilihan mak yang kembali menjadi suri rumah setelah 35 tahun penat lelah bekerja untuk mencari rezeki..

Selain itu,Dikatakan individu yang suka @ menjadikan memancing sebagai hobi adalah sorg yang : PENYABAR dan aktiviti memancing ini juga sebenarnya merupakan TERAPI SABAR iaitu dilatih menjadi sabar dan membentuk sabar. Sejauh mana kesahihannya???

jom aku buktikan :

  • Semasa melempar pancing,seseorang akan berharap ikan segera menyambar umpan.( Sebenarnya kita menggantung harapan & doa supaya diberikan rezeki)
  • Sewaktu menunggu pancing disambar ikan,masa itulah kesabaran kita dilatih.
  • Apa lagi kalau saat ikan menyambar,tali pancing tersangkut di ranting kayu dalam air(sabo ajelah..)
  • Saat nak melempar pancing kadang-kadang tali pancing pulak kusut.(kesabaran diuji lagi )
  • Umpan disambar pula oleh katak dan bukannya ikan ( kesabaran hampir-hampir kalah )
  • Kadang-kadang ada harinya pulang bertangan kosong( sabo ye makcik )
  • Ditambah pula kulit yang menjadi hitam dan kemerah-merahan disebabkan oleh sunburn.

~ Sewaktu memancing kita betul-betul dituntut bersabar dalam mnyelesaikan masalah yang dihadapi.kalau xsabar,mungkin joran pancing dah lama patah-patah atau umpatan,sumpah seranah,carut marut dan lain-lain keluar dari mulut si pemancing.

Jadi,percaya @ tidak :

– Kaki-kaki pancing diluar sana adalah seorang yang sangat penyabar.Kerana Aktiviti memancing mendidik diri dalam kesabaran yang tinggi.Ia bukan saja untuk mendapatkan ikan disamping mencari rezeki..ianya satu kepuasan dalam kesabaran yang boleh dibentuk!

Kesimpulannya : Bagi orang-orang yang kurang sabar seperti aku,apa lagi!jom pergi memancing!;).

~ Renung-renungkan dan selamat beramal ya!:)


>> Soksehsokseh

Tinta kashfun Qalbi,

~ ct Rohaney ~