Monday, September 6, 2010

Lelaki VS Wanita


LELAKI

1.Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

WANITA

1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi taat suami kepada ibunya.

7 - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

>> Di akhirat kelak,Seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

1) Isterinya 2) Ibunya 3) Anak perempuannya 4) Saudara perempuannya.

>> Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1) Suaminya 2) Ayahnya 3) Anak lelakinya 4) Saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....


Wednesday, May 12, 2010

MAMA...WAAINI!! ^.^

~ sekitar 10 mei 2010 ~

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati...

gEmersik suara kanak2 milik kumpulan nasyeed 'Soutus Sofwa' tersebut berkumandang di handphone sony ericson t650i milik ku.Sebuah lagu lama yg bertajuk " Ummiku sayang ",yang aku sangka pernah terkenal 1 ketika dulu.~ mungkin!aku xpasti.. :/

Aku termenung,mengetuk2 pen hitam yg ku pegang ke meja sambil mengadap dinding konkrit berwarna putih dihadapanku.Otakku ligat memikirkan 1 persoalan yg tiba2 timbul di benak fikiran yg semak ini.Sengaja ku semakkan lagi...

" hari ni hari ibu??9mei??"

" pelik!!Memang tarikh hari ibu 9 mei ka?? "omongku seorg diri...

Sememangnya aku xtau tarikh sbenar hari ibu..selama ni aku sangka 6 mei..terbyg2 3 hari lpas,sebelum bertolak ke pejabat utk menjalankan kewajipan aku sbgai seorg pekerja praktikal di sbuah pejabat kerajaan..sempat aku cium tgn,k2 pipi dan dahi mak sambil mengucapkan 'selamat hari ibu ' dengan penuh kasih sayang..mak hnya tersenyum tanpa bicara..haha.lawak!mmg lawak!

tapi...(berpk sambil dahi berkerut2 kecil )

klo xsilap aku,taun lepas hari ibu sambut 10 mei??persoalan demi persoalan timbul..

berbagai2 angka mnerjah ruang mindaku..6..9..10..

demi merungkaikan kekusutan yg aku alami,aku bertnya kpd seorang kakak yg aku kira pastinya lebih arif ttg hal ini..

Owh..rupa2nya hari ibu disambut pada hari ahad,mggu k2 mei..patotla hari ibu berubah2 tarikhnya setiap tahun..Alhamdulillah..baru aku tau..tula org kata,jgn malu bertnya!malu bertanya sesat jalan.hehe..(smbl tersenyum2 seorg diri ~ hobi kgemaran aku!:P)

Seperti kelazimannya,hari ibu meriah disambut setiap tahun.Berbagai2 cara dan alternatif sambutan berbeza bagi setiap individu.Sesuai dengan keadaan,masa,tempat&kegemaran mereka.Ada yg memilih utk keluar makan bersama ibunda tersayang,memberi hadiah,m'buat kad ucapan dan membuat kejutan kepada ibunda mereka.aku jgk xketinggalan utk menyambut kemeriahan tersebut tahun ini yg aku kira 1 penghargaan dan sebuah pengiktirafan yg sgt besar maknanya,dan tentulah sgt wajar diraikan.Walaupon sebenarnya,meraikan seorg ibu itu xperlukan hari@pada tarikh2 tertentu.Bukankah sudah menjadi kewajipan seorg anak utk memulia.menghormati dan berbakti kpd k2 ibu bapanya selagi hayat dikandung badan.

....................... Selamat Hari Ibu .............................

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Wajah makterbayang2 di ruang fikiran aku..buntu memikirkan hadiah yg bakal aku bagi sbgai tnda penghargaan utk mak.Walaupun aku sedar yg erti kasih dan sayang seorang anak kpd ibunya,bukan melalui wang rggit,harta dan kebendaan..Ttp sayang seorg anak pd k2 ibu bapanya ialah dengan doanya.Pasti!dan sentiasa akanku titpkan doa buat beliau,Semoga beliau mndpt tmpt yg terbaik di sisi Allah.Insyaallah..

............................. Selamat Hari Ibu ..................................................

seorg ibu itu.haknya lebih kuat dari seorg bapa,lantaran keperitan mengandung,melahir,menyusui dan mendidik ank2nya..Bukanlah suatu perkara yg mudah dalam melayan karenah ank yg 1000..Sungguh!peranan seorg ibu itu lebh besar..

Sesuai dengan hadis :

Seorg lelaki telah dtg bertemu Rasulullah S.A.W serta bertanya: "Siapakah manusia yg plg berhak menjadi sahabatku yang terbaik??

Sabda Rasulullah S.A.W :" Ibumu..."

Katanya lagi : Siapa lagi??

Sabda Rasulullah S.A.W :" Ibumu.. "

Katanya lagi : Siapa lagi??

Sabda Rasulullah S.A.W :" Ibumu.. "

Katanya lagi : Siapa lagi??

Sabda Rasulullah S.A.W :" Bapamu.."

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

............................. Selamat Hari Ibu .......................

Mother..

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me

...........................................................................

tepat jam 5.05ptg..

kriss biru ber no. plat KAP 9007 Ku luncur laju..

aku nekad!nekad utk membeli sebuku kek buat ibu tercinta..kek coklat berbentuk hati dengan ucapan " selamat hari ibu " ku bawa pulang...

Ibu...

kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku ..

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana











Saturday, May 8, 2010

GENERASI ISLAM (izzatul islam )


Dimana Dicari Pemuda Kahfi
Terasing Demi Kebenaran Hakiki
Dimana Jiwa Pasukan Badar Berani
Menoreh Nama Mulia Perkasa Abadi

Umat Melolong Di Gelap Kelam
Tiada Pelita Penyinar Terang


Penunjuk Jalan Kini Membungkam
Lalu Kapankah fajar Kan Datang

Mengapa Kau Patahkan Pedangmu
Hingga Musuh Mamapu Membobol Betengmu
Menjarah Menindas dan Menyiksa
dan Kita Hanya Diam Sekedar Terpana

Bangkitkan Negri Lahirkan
Generasi
Pemuda
Harapan Tumbangkan Kedzaliman

Wajah Duia Islam Kini Memburam
Cerahkan Dengan Darahmu
Panji Islam Telah Lama Terkulai
Menanti Bangkit Kepalmu














Aku Cinta Allah

Wali Band : Aku cinta ALLAH

Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah


Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


KEMATIAN BAKAL MENJEMPUT KITA..

Apabila bercerai nyawa dari badan,Maka terdengarlah seruan dari langit :

  1. Hai anak Adam!!Adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia yang tinggalkan engkau??
  2. Hai anak Adam!!Adakah engkau himpun dunia atau dunia himpun engkau??
  3. Hai anak Adam!!Adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuh engkau?
Apabila di hantar ke tempat mandi maka berserulah :
  1. Hai anak Adam!!Dimanakah badan engkau yang kuat?mengapa menjadi lemah??
  2. Hai anak Adam!!Dimanakah lidah engkau yang petah bercakap,mengapa diam??
  3. Hai anak Adam!!Dimanakah kekasih engkau?mengapakah yang jadi mulia rakan engkau??
Apabila dibawa ke atas kain kapan.maka menyerulah suara dari langit :
  1. Hai anak Adam!!Engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh,dengan tidak berbekal??
  2. Hai anak Adam!!Engkau keluar dari rumah tiada engkau kembali selama-lamanya.
  3. Hai anak Adam!!Engkau tinggal segala kenderaan maka tidak engkau kenderai selama-lamanya dan engkau akan berpindah ke negeri yang huru-hara.
Apabila mayat dibawa ke atas pengusung,maka berserulah suara dari langit :
  1. Hai anak Adam!!Beruntunglah kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam!!Amat beruntunglah jika amalmu baik.
  3. Hai anak Adam!!Amat beruntunglah jika sahabatmu dalam keredhaan Allah dan amat rugilah juka sahabatmu orang yang dimurkai Allah.

Friday, May 7, 2010

ENAM PERSOALAN HIDUP


Suatu hari,Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al Ghazali bertanya.(1): "Apa yang paling dekat dengan didi kita di dunia ini??"
Murid-muridnya ad yang menjawab org tua.guru,teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati".
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa npasti akan mati.(surah al-Imran 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang ke(2) : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?? ".
Murid2nya ada yang menjawab negara cina,bulan,matahari,dan bintang-bintang.Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tapi yang paling benar adalah "Masa lalu ".Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tetap kitya tidak dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yg ke(3) : "Apa yang paling besar di dunia ini?? ".Murid2nya ada yang menjawab gunung,bumi dan matahari.Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu"(Al A'raf 179).Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan k(4) adalah " Apa yang paling berat di dunia ini?? ".Ada yang menjawab baja.besi dan gajah.Semua jawapan hampir benar kata Imam Ghazali.Tapi yang paling berat adalah "Memegang Amanah "(Al Ahzab 72).Tumbuh-tumbuhan,binatang.gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah(peminpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia yang masuk neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

pertanyaan k(5) : "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas.angin,debu dan daun-daunan.Semua itu benar kata Imam Ghazali,tapi yang paling ringan di dunia ini adalah " Meninggalkan solat."

Lantas pertanyaan k(6) adalah " Apakah yang paling tajam di dunia ini??"..
Murid-muridnya menjawab dengan serentak 'pedang...'..Benar kata Imam Ghazali,tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia ".Kerana melaliu lidah,manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..


>> Insan yang mencari keredhoaan Ilahi <<
~ Ct Rohaney ~

Thursday, May 28, 2009

19 HADIS RASULULLAH Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tentang Wanita






1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasululllah akan hal tersebut,jawab baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam..”Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"


2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya,maka beristiqfarlah para malaikat untuknya.ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan

.

3. Apabila seorang perempuan sakit hendak bersalin,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak ,keluarlah daripadanya dosa-dosa seperti sewaktu ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,setiap 1 tegukannya daripada susunya diberi 1 kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.


7. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Sesiapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti sedeqah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail.


9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta’alamemasukkan dia di dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu,puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya,masuklah mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.


11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata,”aku bertanya kepada rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab Rasulullah..,”suaminya”.”Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?”jawab Rasulullah,”Ibunya”..


13. Apabila engkau dipanggil oleh kedua ibu bapa maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat pada suaminya,semua ikan2 dilaut,burung diudara,malaikat dilangit,matahari dan bulan..Semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya

.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga.Masuklah dari mana2 pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tiggal bersama anak2nya akan tinggal bersama-sama Aku(Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


18. Daripada Aisyah Radhiallahu Anha..”sesiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak permpuan lalu dia berbuat baik kepada mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”


19. Sesiapa mempunyai 3anak perempuan atau 3saudara perempuan@2anak perempuan@2sauadara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga

.