Thursday, May 28, 2009

19 HADIS RASULULLAH Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tentang Wanita






1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasululllah akan hal tersebut,jawab baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam..”Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"


2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya,maka beristiqfarlah para malaikat untuknya.ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan

.

3. Apabila seorang perempuan sakit hendak bersalin,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak ,keluarlah daripadanya dosa-dosa seperti sewaktu ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,setiap 1 tegukannya daripada susunya diberi 1 kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.


7. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Sesiapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti sedeqah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Sesiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail.


9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka ALLAH Subhanahu Wa Ta’alamemasukkan dia di dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu,puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya,masuklah mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.


11. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata,”aku bertanya kepada rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?jawab Rasulullah..,”suaminya”.”Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?”jawab Rasulullah,”Ibunya”..


13. Apabila engkau dipanggil oleh kedua ibu bapa maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat pada suaminya,semua ikan2 dilaut,burung diudara,malaikat dilangit,matahari dan bulan..Semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga sembahyang serta puasanya

.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga.Masuklah dari mana2 pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tiggal bersama anak2nya akan tinggal bersama-sama Aku(Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


18. Daripada Aisyah Radhiallahu Anha..”sesiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak permpuan lalu dia berbuat baik kepada mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”


19. Sesiapa mempunyai 3anak perempuan atau 3saudara perempuan@2anak perempuan@2sauadara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga

.

No comments:

Post a Comment