Sunday, May 29, 2011

ikan ohhh ikan


Asssalamualaikum semua.

Wah,sedar xsedar dah lama blog tinta kashfun qalbi ni diabaikan.. oleh kerana aku ni bukanlah seorang yang rajin menulis dan pndai bertinta..sekadar untuk mencuba dan mngisi masa lapang saja..walaupon sebenarnya blog ni jarang dipublishkan tapi tetiba ja nafsu nak menulis di ruangan maya ni meninggi..apa yang cik rohaney nk berceloteh pulak nih??jom kita terjah!;)..


Mak..oo mak..makkkkkk..

Ehh,pi mana mak ni??senyap ja..td dok

ada lg..aku tgok dok landing elok ja..

Baru pkui 4..xkan p dah kot???panaih lagi nih

..mamitooo..

**krekkkk..(pintu belakang rumah aku buka)..sah!mmg sah!dah hilang!


:: Mengai ~a.k.a.~ Memancing ::


itulah hobi tetap ibundaku semenjak bersara dari bank rakyat 2 tahun lalu..panas??Beliau memang seorang wanita yang kuat dan tabah!aku sebagai anak kesayangannya,sememangnya kurang mewarisi sifat berani+tahan lasak beliau itu.hehe..

Cakap pasal memancing,korang nak tau x,

MEMANCING ni sebenarnya : Satu TERAPI!:)..


Kenapa ya??tgok di atas!

: Berada dalam suasana yang sangat damai,tenang,nyaman dan selesa ditemani alam flora dan fauna sambil disapa angin yang sepoi-sepoi bahasa di tepian sungai atau paya.Asyik kan!:)..Jauh meninggalkan segala masalah dan tekanan yang dihadapi.(bagi sesiapa yang tertekan digalakkan meniru aksi ini :P).Sememangny Ia adalah satu aktiviti TERAPI MINDA yang dapat menenangkan fikiran selain dapat menikmati keindahan alam ciptaan TUHAN. Jadi tidak hairanlah kenapa aktiviti ini menjadi pilihan mak yang kembali menjadi suri rumah setelah 35 tahun penat lelah bekerja untuk mencari rezeki..

Selain itu,Dikatakan individu yang suka @ menjadikan memancing sebagai hobi adalah sorg yang : PENYABAR dan aktiviti memancing ini juga sebenarnya merupakan TERAPI SABAR iaitu dilatih menjadi sabar dan membentuk sabar. Sejauh mana kesahihannya???

jom aku buktikan :

  • Semasa melempar pancing,seseorang akan berharap ikan segera menyambar umpan.( Sebenarnya kita menggantung harapan & doa supaya diberikan rezeki)
  • Sewaktu menunggu pancing disambar ikan,masa itulah kesabaran kita dilatih.
  • Apa lagi kalau saat ikan menyambar,tali pancing tersangkut di ranting kayu dalam air(sabo ajelah..)
  • Saat nak melempar pancing kadang-kadang tali pancing pulak kusut.(kesabaran diuji lagi )
  • Umpan disambar pula oleh katak dan bukannya ikan ( kesabaran hampir-hampir kalah )
  • Kadang-kadang ada harinya pulang bertangan kosong( sabo ye makcik )
  • Ditambah pula kulit yang menjadi hitam dan kemerah-merahan disebabkan oleh sunburn.

~ Sewaktu memancing kita betul-betul dituntut bersabar dalam mnyelesaikan masalah yang dihadapi.kalau xsabar,mungkin joran pancing dah lama patah-patah atau umpatan,sumpah seranah,carut marut dan lain-lain keluar dari mulut si pemancing.

Jadi,percaya @ tidak :

– Kaki-kaki pancing diluar sana adalah seorang yang sangat penyabar.Kerana Aktiviti memancing mendidik diri dalam kesabaran yang tinggi.Ia bukan saja untuk mendapatkan ikan disamping mencari rezeki..ianya satu kepuasan dalam kesabaran yang boleh dibentuk!

Kesimpulannya : Bagi orang-orang yang kurang sabar seperti aku,apa lagi!jom pergi memancing!;).

~ Renung-renungkan dan selamat beramal ya!:)


>> Soksehsokseh

Tinta kashfun Qalbi,

~ ct Rohaney ~

Sunday, December 19, 2010

إن شاء الله

Setiap kali kamu merasakan seperti kamu tidak mampu untuk meneruskan perjalanan hidup ini..

Dan merasakan dirimu begitu keseorangan..

Apa yang kamu nampak hanyalah kepekatan malam..

Dan kegelapan yang menyelubungi disekelilingmu..

Diri terasa begitu tak berdaya..

kamu tidak menemukan arah mana untuk dituju..

jangan pernah berputus asa dan sesekali hilang harapan..

kerana ALLAH sentiasa berada disampingmu!!!!


Insya Allah!!

Insya Allah,kamu pasti akan menemui jalanmu..

Insya Allah!!

Insya Allah kamu pasti akan menemui jalanmu..


Setiap kali kamu melakukan satu lagi kesalahan..

dan merasakan kamu sudah terlambat untuk bertaubat..

bahkan kamu menjadi semakin keliru..


Kamu telah mengambil keputusan yang salah..

dan perkara itu menghantui fikiranmu..

lalu hatimu dipenuhi dengan rasa malu..


jangan!jangan pernah berputus asa dan hilangan harapan..

kerana ALLAH sentiasa berada disampingmu!!


Insya Allah!!!!

Insya Allah,kamu akan menemui jalanmu..

Insya Allah!!!!

Insya Allah kamu akan menemui jalanmu..


Kembalilah kepada ALLAH..

DIA tidak pernah jauh darimu..

letakkan sepenuh kepercayaanmu kepada-NYA..

Angkat tanganmu dan berdoalah:

Ya Allah

pimpinlah langkahku dan jangan sesekali biarkan aku tersesat

kerna ENGKAUlah satu-satunya yang mampu menunjukkan jalan kepadaku..


Insya Allah!!

Insya Allah kita pasti akan menemukan jalan

Insya Allah!!

Insya Allah kita pasti akan menemukan jalan

Insya Allah!!

Insya Allah kita pasti akan menemukan jalan

Insya Allah!! 

Monday, November 29, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terjaga??

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kelahiran dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk berhati-hati dalam meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

Saturday, November 27, 2010

La TahZaN..

Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi.
Biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap,jgn kita hilang semangat.
Biar penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita jana semula.
Biarkanlah diri derita,agar kita tahu kepahitan derita itu,
agar kita sedar kesengsaraan itu xsama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W..

Tuhan sesekali tidak menzalimi hambanya,ttp manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.cahaya,kelam,pahala dan dosa kita berupaya memilihnya walau kadangkala tersasar lantaran PAUTAN NAFSU..


Namun peluang dariNYA sentiasa ada..

Namun kasih dariNYA sentiasa memayungi..
Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti,menjadi sebaik-baik umat.

Tunduklah sebagai hamba dan berjalanlah sebagai khalifah menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "IMAN" , Menyemai sepohon "TAQWA" , agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU" , agar dapat berlindung dari angin hasutan "SYAITAN" dalam mencari "KEREDHOAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.."

MeMuJuk DiRi

Apabila kita rasa tertekan,kita mahu orang pujuk.
Bila kita rasa nak menangis,kalau boleh mahukan 'crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak,tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia,sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia.Ya,kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya.
Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah diri kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.
Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia KEIMANAN.

Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

MENANGIS

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Muhasabah

Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan MUHASABAH.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.

Kesimpulannya: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri...
Tenanglah jiwa, damailah hati!

Thursday, November 25, 2010

WANITA SOLEHAH..

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.