Sunday, September 12, 2010

Hulurkan tangan,Pohon Kemaafan




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Aidilfitri,Salam Lebaran dan Salam Kemenangan buat semua saudara muslimku diseluruh dunia.

Pengembaraan selama sebulan dalam bulan ramadhan iaitu dengan berpuasa selama 30 hari,melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa,menjaga ibadat, menjaga pertuturan dan tingkah laku di harapkan menjadikan kita insan yang benar-benar lebih beriman dan lebih berkualiti.insyaallah...

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat islam Sesuai dengan sambutan yang diraikan Setelah diuji selama sebulan dalam pengembaran bulan IBADAH tersebut.kemenangan dalam mendidik rohani dan jasmani kita dalam melaksanakan ibadah yang dituntut oleh ALLAH S.W.T. sehingga kita Berjaya kembali kepada fitrah yang suci dari dosa..

mohon kemaafan : itu yang terbaik ,beri kemaafan : itu yang Mulia


Tidak lengkap rasanya kita berhari raya tanpa menghulurkan kemaafan zahir dan batin serta mohon dihalalkan semua kesalahan yang disedari atau tidak disedari.

Dengan segala kerendahan hati, inginku mencuri ruang di sini menyampaikan ucapan AIDILFITRI kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ini,ahli keluarga dan seterusnya rakan-rakan seperjungan sekalian.

Jika kesilapan kelmarin belum terampun, “MAAFKANLAH”,Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati “LUPAKANLAH”,Jika kesilapan esok mendatang,janganlah DIBAWA KE AKHIRAT.Tak semua orang mampu terima apa yang lidah tuturkan,tak semua orang mampu tersenyum atas segala gerak perbuatan,tanpa sedar ada diantaranya bisa mengguris perasaan.Bila ternyata ada kesalahan dan kekhilafan,beribu kemaafan dipohon.percayalah Segalanya berlaku secara tidak sengaja atas kelemahan sebagai seorang manusia.Semoga berkat keangungan hari yang mulia ini bertambahlah kerahmatan ALLAH keatas diri kita.InsyaALLAH.. (^_+)


Tinta Kashfun Qalbi,

~ ct Rohaney ~

Wednesday, September 8, 2010

Aku Bangga Menjadi Seorang Wanita

Allah memberikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun

Wanita adalah tali penghubung antara keluarga, persendian anggota bangsa, serta tempat mengalirnya darah umat yang dapat membangkitkan semangat hidup, dan gairah kerja. Wanita adalah tempat Allah SWT menitipkan segala arti keindahan yang memukau. Dengan kecantikan, keindahan dan kemanjaannya yang menawan, wanita menjadi tuan penguasa dan penakluk hati.

Dia adalah teman yang jujur serta pendamping hidup lelaki dalam suka dan duka. Ketika seorang suami pulang menemui isterinya, setelah selesai melaksanakan tugas, fikirannya masih sarat dengan beban hidup dan pahit getirnya.

Seorang isteri akan datang menyambutnya dengan belaian kasih sayang, serta menghadiahinya senyuman manisnya sebagai penawar yang mengiringi pandangan memikat, yang masuk menembus relung-relung hati suami, sehingga ia melupakan pahit getir yang dialami. Siapa yang mampu menghibur lelaki pada saat dirundung duka, selain wanita?

Dapatkah kaum lelaki menemukan benteng tempat melindungi dirinya dari kecamuk perang, yang dipagarnya hancur berkeping-keping karang-karang bencana, serta yang dihadapannya wajah malam terlihat begitu indah dan menawan, seperti yang dapat mereka temukan pada wanita-wanita solehah ketika mereka kembali untuk menikmati kedamaian hati disisinya dan mendengarkan tutur bahasanya yang menawan?

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Q.S Ar-rum: 21)

Barang siapa yang mengamati dengan baik susunan tubuh wanita beserta peringkat-peringkat yang ada pada dirinya, yang pertama kali sekali dia lihat adalah inayah ilahi yang berkalinya dengan peringkat yang diberikan agar dia bisa menjalankan fungsinya dalam kehidupan seperti perangkat jasmaniah, persiapan kejiwaan, dan naluri alamiah.

Hal itu merupakan saksi hidup yang bisa bertutur bahwa panorama susunan yang menakjubkan tidak mungkin ditemukan tandingannya pada lelaki, tidak diciptakan kecuali untuk membantu wanita agar dia bisa menunaikan tugasnya dalam kehidupan, yaitu sebagai seorang ibu.

Wanita sesuai dengan unsur susunan tubuh dan kesiapan jiwanya untuk diciptakan menjadi seorang isteri atau seorang ibu. Hal itu merupakan sebuah fakta yang sudah mutlak dan tidak mungkin boleh diubah lagi. Fakta ini akan terus berlanjut menyampaikan dengan bahasa yang amat jelas bahawa kesempurnaan dan keagungannya hanya dengan menjadi seorang ibu.

Seorang ibu tidak kalah pentingnya dibandingkan dengan fungsi para panglima di medan perang. Kalau panglima bertanggung jawab mengangkat bendera kemenangan Negaranya dari serangan musuh, maka ditangan seorang ibulah masa depan anak-anak sangat bergantung pada pendidikan mereka yang baik dan akhlak mereka yang baik dan mulia.

Allah menciptakan wanita menjadi sangat utama.

Allah menciptakan bahu wanita agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Allah SWT memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, selalu anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Allah memberi wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi. Kemudian Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus diberikan Allah kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan.


Monday, September 6, 2010

Lelaki VS Wanita


LELAKI

1.Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

WANITA

1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi taat suami kepada ibunya.

7 - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

>> Di akhirat kelak,Seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

1) Isterinya 2) Ibunya 3) Anak perempuannya 4) Saudara perempuannya.

>> Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1) Suaminya 2) Ayahnya 3) Anak lelakinya 4) Saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....